Edmodo
merupakan jejaring sosial yang bebas dan selamat digunakan oleh guru, pelajar
dan juga sekolah untuk pembelajaran yang berasaskan Learning Management System
(LMS). Edmodo berfungsi sebagai sebuah laman yang telah dibangunkan khusus bagi
aktiviti pembelajaran secara online sahaja. Edmodo menggalakkan suasana
pembelajaran yang pelbagai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan
memberi kemudahan bagi guru dan pelajar sebuah tempat yang aman dan selesa
untuk berkomunikasi, bekerjasama, berkongsi kandungan dan aplikasi
pembelajaran, kerja rumah bagi pelajar, perbincangan dalam kelas maya, ulangan
secara atas talian, nilai dan banyak lagi yang lain. Hakikatnya Edmodo
menyediakan semua yang boleh kita lakukan di kelas bersama pelajar dalam
kegiatan pembelajaran yeng efektif ditambah lagi dengan kemudahan bagi ibu bapa
agar dapat memantau semua aktiviti anaknya di Edmodo dengan menggunakan “parent
code”. Tambahan pula, Edmodo boleh dilayari dengan mudah melalui telefon
bimbit. Edmodo juga bermatlamat untuk membantu para pengajar memanfaatkan media
sosial dengan mengurangkan penggunaan ruangan bilik





0 komentar:
Posting Komentar